Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beradab


Pantun

PantunSumberTema
Elok rumah kerana beratap, Bila beratap sejuk rasanya; Elok lidah kerana beradab, Bila beradab elok bicaranya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok rumah kerana beratap, Bila beratap tidakkan panas; Elok lidah kerana beradab, Bila beradab takkan berkeras.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok rumah kerana beratap, Bila beratap tidakkan basah; Elok lidah kerana beradab, Bila beradab takkan menyalah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman beradab berkembang ilmu; Makan bukan sebarang makan, Makan suap orang tak malu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Adat resam kata orang, Kata tua beradab santun; Adat faham lembaga terang, Tua muda hidupnya rukun.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Menghadap raja di Acheh, Lipat kajang suntingkan kain; Beradab berkata kasih, Tolak belakang mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Elok rumah kerana beratap, Bila beratap tidur pun nyenyak; Elok lidah kerana beradab, Bila beradat tuturnya lemak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bukan mudah orang berhelat, Siapkan makan untuk jamuan; Bukan mudah memegang adat, Beradab sopan barang kelakuan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apa guna membeli parang, Kalau majal tidak menelap; Apa guna menjadi orang, Kalau berbuat tidak beradab.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas