Apa tandanya batang bengkal, Batang bengkal banyak bukunya; Apa tandanya orang berakal, Orang berakal bijak lakunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak musang baru berakal, Setiap pagi mencari buah; Sejak bujang tekun beramal, Hidup mati dirahmati Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak muda belum berakal, Siang ke sana malam ke mari; Hendak kusapa belumlah kenai, Kutimang saja di dalam mimpi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pancang jermal tanah di air, Berbilang tahun tiada lapuk; Orang berakal faham berfikir, Senang menuntun sesama makhluk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pancang jermal di tengah laut, Dilanda pasang tidak tenggelam; Orang berakal menjaga mulut, Di muka orang banyaklah diam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sungguh molek batang ketakal, Kayunya lebar durinya merah; Sungguh elok orang berakal, Lakunya sabar hatinya murah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Walau kain panjang sejengkal, Elok juga mengail udang; Walaupun kecil belum berakal, Elok juga membuat ladang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Walaupun kail panjang sejengkal, Jangalah takut menduga laut; Walaupun kecil kurang berakal, Jangalah takut apabila diugut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau berjaja tentu bermodal, Hilang modal habis dagangan; Kalau bekerja tentu berakal, Hilang akal habis pekerjaan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sayang cempedak ranum dipangkal, Batangnya pandak sudah pun lapuk; Kupinang anak belum berakal, Kupinang emaknyalah tua nyanyuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |