Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beramai

Puisi
 

Malam ini mengerik gemai,
     Mari gesek atas dulang;
Malam ini kita beramai,
     Esok hari kita pulang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Sebagai anak-anai bubus.

Bermaksud :

Keluar beramai-ramai, berduyun-duyun. bubus = keluar banyak bersama-sama.

 

Lihat selanjutnya...(5)

621

Union is strength

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh*.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Duduk beramai mengucap zikir, Begitu merdu suara Tok Aki, Sungguh malang nasib Pak Tahir, Dapat kerbau tidak berkaki.Pantun Melayu SarawakNasib
Yakin beramai beringat-ingat, Kalau merempai datang sengketa; Kain dipakai berhemat-hemat, Kalau terburai orang berdosa.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bila berjalan tegak beramai, Tidakkan letak berjalan jauh; Apabila puan gelak berderai, Bumi kuinjak rasakan runtuh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau sudah duduk beramai, Jangan lagi duduk seorang; Kalau sudah duduk berdamai, Jangan lagi diajak parang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bulan puasa bulan terpuji, Beramai-ramai pergi ke surau; Badan sengsara memakan hati, Kasih tak sampai hatiku risau.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Surat kita sudah dibentang, Untuk dibaca beramai-ramai; Adat kita sudah dibilang, Untuk menjaga budi perangai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Baji kayu pembelah tiang, Ditukul orang beramai-ramai; Hatiku rindu tiada kepalang, Kerana abang lama tak sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Supaya beban mudah diangkat, Eloklah dibawa beramai-ramai; Supaya badan kita selamat, Elok tak usah memandai-mandai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bulan haji bulan mulia, Orang ke Makkah beramai-ramai; Bukan kumati kerana senjata, Sedang bercinta kasih tak sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Adat memakai menutup aurat, Adat berkain pantang tersingkap; Adat beramai hidup bersahabat, Adat bermain memegang adab.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
123

Kembali ke atas