Kaki lima tempat bersembang, Tempat orang menjual keledek; Lelaki sekarang berambut panjang, Perempuan pula berambut pendek. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Sungguh beruntung berambut panjang, Rambut dapat dilurut-lurut; Sungguh beruntung berjanggut panjang, Janggut dapat diurut-urut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Cik Esah berambut kerinting, Comor minyak menjadi buih; Hati perut saya runsing, Harapkan sembuh payah nak pulih. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa guna berambut panjang, Kalaulah tidak disisir rapi; Apa guna berkasih sayang, Kalaulah tidak sepenuh hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa guna berambut panjang, Kalau tidak berani mati; Apa guna untungnya abang, Adik tidak berguna lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tempat orang menjual keledek, Buah salak daun pandan; Perempuan pula berambut pendek, Salah pandang macam pondan. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Saya malas berkepuk ladang, Kepuk tidak berisi padi; Saya malas berambut panjang, Sebab tidak berani mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Orang mengail di Lubuk Jauhar, Ketam padi di petak Salleh; Hitam manis berambut kejur, Tempat abang menumpang kasih. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Baju pendek pakaian serani, Kaki lima tempat bersembang; Sungguh pelik di hati kami, Lelaki sekarang berambut panjang. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Ke bandar Melaka ke rumah Cik Alang, Hendak bersafar ke Tanjung Keling; Kalau semua orang berambut panjang, Apatah hal nasib si tukang gunting? | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |