Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.pi]/[ber.a.pi] | براڤي

Definisi : 1. mengandungi api, mengeluarkan api: puntung rokoknya masih ~; gunung ~; 2. ki menjadi semakin meluap-luap (bkn kemarahan, semangat, dsb): kemarahannya tambah ~; bergantung tiada bertali, bersalai tiada ~ prb perempuan yg ditinggalkan oleh suami, belanja tiada diberikan tetapi tidak pula diceraikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.pi]/[ber.a.pi] | براڤي

Definisi : ada apinya; mengeluarkan api: gunung ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berapi

Puisi
 

Tanjung Po Tanjung Berapi,
     Api berkilat di mungguk kubur;
Rasa nak beku di dalam hati,
     Melihat tuan iman gugur.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bakar tak berapi.

Bermaksud :

Cinta tidak dengan sebenarnya; cinta dengan diam-diam.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Tinggal empat gunung berapi, Ambil yang ada di hujung jungkar; Sudah mendapat kenangan di hati, Sama berat susah nak nanggar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanjung Po Tanjung Berapi, Api berkilat di mungguk kubur; Rasa nak beku di dalam hati, Melihat tuan iman gugur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukit Keling gunung berapi, Ikan seluang mati dituba, Hilang ghaib katakan mati, Abang seorang jangan dilupa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau dipandang besarnya bulan, Tidak berapi dalam pelita; Kalau dikenang kebesaran Tuhan, Tiada erti alam semesta.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sabut bukan sebarang sabut, Sabut berapi nyalanya marak; Takut bukan sebarang takut, Takut ke bini kerana bengak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sejak orang pergi menebas, Perbara tidak berapi lagi; Sejak terpasang gigi emas, Tertawa tidak terhenti lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bagaimana nasi takkan mentah, Periuk dijerang tidak berapi; Bagaimana hati takkan patah, Ilmu kurang hendak meninggi.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Awas-awas memilih suluh, Salah pilih tiada berapi; Awas-awas memilih jodoh, Salah pilih payah diganti.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Jangan menampi-nampi kacang, Kalau ditampi busuk buahnya; Jangan mengapi-ngapikan orang, Kalau berapi buruk padahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas