Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) enggan, tidak sampai hati: ~ hati ibunya hendak melepaskan Maimunah; b) cenderung (memikirkan, menyangka, dll): ~ hati Ina menyangka bahawa suaminya dlm kemalangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. tidak sampai hati atau enggan berbuat sesuatu. b. cenderung memikirkan sesuatu; keras sangkaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Puisi
 

Kalau ke bukit sama mendaki,
     Kalau ke laut sama berenang;
Kalau kita bersatu hati,
     Kerja yang berat menjadi senang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Berat beban yang sedikit dek hati sakit.

Bermaksud :

Kerja yang dipaksa biar berapa ringan sekalipun akan terasa berat juga.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Yanglah langsung biarlah langsung, Supaya tak berat hati mengenang; Orang tua ompong biarlah ompong, Supaya tak dapat menggigit orang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Niat hati memeluk gunung, Apa daya tangan tak sampai; Berat hati hendak berkunjung, Hidupku papa badan tergadai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Berat bukan sebarang berat, Berat memegang sumpah sejati; Niatku bukan sebarang niat, Niat meminang kekasih hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana padi tidak merunduk Buah berisi bertambah berat; Bagaimana hati tidakkan remuk, Sumpah dan janji tiada diingat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walaupun tali sudah dikerat, Kerana lebih disambung juga; Walaupun hati terasa berat, Kerana kasih disanjung juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tinggal empat gunung berapi, Ambil yang ada di hujung jungkar; Sudah mendapat kenangan di hati, Sama berat susah nak nanggar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau ke bukit sama mendaki, Kalau ke laut sama berenang; Kalau kita bersatu hati, Kerja yang berat menjadi senang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Apabila kaki berat melangkah, Berjalan jauh tidakkan sampai; Apabila hati niat menyalah, Iman runtuh rosak perangai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Behan berat kaki pun goyang, Rasanya letih menggoyah lutut; Badan penat hati pun bimbang, Kerana kasih tiada bersambut.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas