Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.tur]/[ber.a.tur] | براتور

Definisi : 1. berada (berdiri dsb) dlm barisan: para peserta sudah ~ di padang utk upacara penyampaian hadiah; 2. berada dlm susunan yg baik (bkn barang, benda), tersusun (baik-baik): perkakas dapur ~ dgn baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.tur]/[ber.a.tur] | براتور

Definisi : bersusun dgn baik; berbaris: Tiap-tiap pagi, murid-murid ~ di padang sebelum masuk ke bilik darjah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beratur

Puisi
 

Tanjung Rhu di hujung tanah,
     Pokoknya beratur seperti jambangan;
Kematian Mahsuri kerana fitnah,
     Kini hanya tinggal kenangan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Adat diisi,
     lembaga dituang.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yang telah diadatkan. (Bandingkan dengan: Adat bertentu, bilang beratur).

 

Lihat selanjutnya...(2)

239

Old habits die hard

Tabit atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan sukar diubah.

Asal ayam hendak ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbangan

People would still prefer to queue up to buy their tickets at the counters. When asked why they were reluctant to use the ticket-vending machines, their response was "troublesome". It is true : old habits die hard.

Orang ramai masih suka beratur untuk membeli tiket di kaunter. Apabila ditanya mengapa mereka keberatan hendak menggunakan mesin tiket, jawapan mereka, ''menyusahkan''. Benarlah : asal ayam hendak ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbangan .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Tanda berbaju ada butangnya, Butang beratur atas ke bawah; Tanda bermalu ada pantangnya, Pantang terkebur berkeras lidah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buluh betung badan beruas, Batang beratur duri berduri; Sungguh beruntung orang pemalas, Senang tidur meninggi hari.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Gunung Lingga berkarang-karang, Gunung beratur empat-empat; Abang gila saya tak larang, Asal tentu dengan tempat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanjung Rhu di hujung tanah, Pokoknya beratur seperti jambangan; Kematian Mahsuri kerana fitnah, Kini hanya tinggal kenangan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat

Kembali ke atas