Daun cenalu berbalik-balik, Gugur ke tanah berderai-derai; Pengantin baru masuk ke bilik, Orang ramai mula bersurai. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Daun mempelas berbalik-balik, Orang berdagang di pintu kota; Tidaklah belas melihat adik, Duduklah berendam si air mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Lang pungguk terbang berbalik, Hinggap seekor pohon keladi; Barang buruk jangan dibelek, Silap mata kena beli. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Gajah putih jejak berulang, Baru berbalik ke pangkalan; Entahnya gagak terbang, Barulah adik abang tinggalkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Belum jatuh sudah berdetak, Detak mengirai balik berbalik; Hukum jatuh benar terletak, Gelak berderai timbal balik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Jahit baju jahit seluar, Jangan dijahit kain berbalik; Kalau hendak sila ajar, Kalau tidak hendak saya nak balik. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Makan buah berdulang-dulang, Makanan anak si perantau; Jika tuah berbalik pulang, Jika tidak hilang di rantau. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Bagaimana lagi hendak berhenti Pasanglah naik merendam tebing; Bagaimana kami hendak berjanji, Abang berbalik dalam berunding. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Berdentum tabuh di Rian, Minta tabuh lagi; Kalau untung di hari kemudian, Boleh berbalik sekali lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Andainya hari bertambah cerah, Eloklah cepat menengok ladang; Andainya kaki tersalah langkah, Eloklah cepat berbalik pulang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |