Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ban.tah] | بربنته

Definisi : berkelahi, bertengkar (mulut); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ban.tah] | بربنته

Definisi : tidak bersetuju antara satu dgn yg lain; bertengkar: Mula-mula mereka bermain-main, kemudian ~, akhir-akhirnya bertumbuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbantah


Pantun

PantunSumberTema
Hiruk-pikuk orang berbantah, Berebut badik sambil bertengkar; Terbongkok-bongkok abang menyembah, Patutkah adik bermain kasar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana kita hendak berunding, Orang berbantah setiap hari; Bagaimana hamba hendak disunting, Abanglah sudah beranak isteri.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Wangi sekali minyak jelantan, Enak digoreng bersama kerak: Laki bini tegak berbantah, Anak kencing mentua terberak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Walaupun parang sudah diasah Jangan pula dikibas-kibaskan; Walaupun orang sukan berbantah, Jangan pula dipanas-panaskan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pucuk kemiri dimakan ulat, Sebelum berbunga sudah layu; Buruk negeri lupakan adat, Sekaum berbantah sebangsa berseteru.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Yakin membeli takkan merugi, Begitu kata orang dahulu; Lenjinlah bini diperbudak laki, Mahu berbantah mulutnya bisu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Padang lalang rumputnya tinggi, Siapa melapah tentunya miang; Orang peradang mulutnya keji, Suka berbantah memalukan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kata tua kata berpunca, Punca melekat pada akidah; Hina bangsa kerana loba, Loba pangkat gila berbantah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Hari hujan hati menangis, Hendak duduk lantainya basah; Laki setan bininya iblis, Tegak beramuk duduk berbantah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman katak di bawah tempurung, Langit tinggi dipandang rendah; Fikiran kemak laki pun pesung, Setiap hari terang berbantah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12

Kembali ke atas