| Kelat mata malam berjaga, Baharu nak tidur kelambu baru; Berbau harum bunga cempaka, Belum kusolek sudah berbau. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Bunga Rafflesia kembang berbau, Banyak terdapat di Kalimantan; Negara Indonesia dilanda jerebu; Malaysia datang menghulur bantuan. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
| Besar dan kecil berbau wangi, Tangkai dilurut jangan mematah; Benar dan adil di situ berdiri, Sesuai menurut Quran dan sunah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Bunga keduduk bunga kenanga, Berbau harum sampai ke jalan; Hamba duduk sambil bertanya, Ibarat pungguk merindukan bulan. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Selama dapat kuini muda, Tidak berbau buah mempelam; Selama mendapat bini muda, Tidak mahu lagi keluar malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Nasi lemak bergulai udang, Lemak berbau belum dirasa; Remuklah hati berputih tulang, Tidak direla berputih mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Cempedak nangka di hutan, Tidak berbau dengan selasih; Saya budak anak pungutan, Tahu juga orang tak kasih. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Apa guna bunga raya, Kerana tidak berbau wangi; Apa guna rupa dan kaya, Kalau perangai tidak berbudi. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
| Intan dingin isinya dingin, Dingin tidak berbau lagi; Puan ingin tiada ingin, Ingin tiada baharu lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Banyaknya di bawah bunga bertabur, Harum berbau merata-rata; Rasa jiwa umpama lebur, Kerana rindu asyik bercinta. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |