Walaupun malu mencari rebung, Tidak berbekal ditebang juga; Walaupun ilmu setinggi gunung, Tidak beramal terbuang juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau kail panjang sejengkal, Lautan mana dapat diduga; Kalau kecil kurang berbekal, Sesudah tua dapat celaka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila bertiup angin sakal, Ambil pengayuh mana yang ada; Apabila hidup ingin berbekal, Amalkan seluruh ilmu di dada. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bercakap dusta memanglah haram, Menjual kawan pantang sekali; Adab dijaga siang dan malam, Berbekal iman sepanjang hari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sejak beruk berkain sutera, Banyaklah kain terjual habis; Sejak datuk bermain gila, Banyaklah datin berbekal keris | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |