| Lain pompat lain sukatnya, Lain sukat berbeza berat; Lain adat lain sifatnya, Lain sifat berbeza niat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Secantik Siti Nurhaliza, Seayu Misa Omar; Hidup tidak berbeza, Dunia tetap berputar. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Buah beluru buah belerang, Buah pala atas bukit; Dari dahulu hingga sekarang, Jauh berbeza bukan sedikit. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Dari dahulu Jawa Semarang, Ungai-ungai di atas bukit; Macam dahulu juga sekarang, Tidak berbeza barang sedikit. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Alas meja dengan kain, Kain dibeli di Sarawak Plaza; Adik Tidur di bantal lain, Mimpi kita tidak berbeza. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |