Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bi.lang] | بربيلڠ

Definisi : 1. lebih drpd satu banyaknya; masyarakat ~ bangsa (kaum) masyarakat yg terdiri drpd beberapa bangsa atau kaum (spt Melayu, Cina, India, dll di Malaysia); ~ ringgit banyak ringgit; 2. dihitung atau dikira jumlahnya: barang-barang itu belum ~ jumlahnya lagi; ~ dr esa, mengaji dr alif prb mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dr pangkalnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bi.lang] | بربيلڠ

Definisi : lebih drpd satu banyaknya; beberapa: Rakyat Malaysia terdiri drpd ~ kaum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbilang

Puisi
 

Dari Acheh bersapu tangan,
     Gajuk tiang mana nak cabut;
Jikalau kasih menghantar teman,
     Jikalau sayang berbilang rambut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Mengaji daripada alif,
     membilang daripada esa;
sakit bermula,
     mati bersebab,
hujan berpokok,
     kata berpangkal.

Bermaksud :

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbilang dari esa, mengaji dari alif).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Banyaklah hari bilang berbilang, Tiada berbilang hari Jumaat; Banyaklah nabi gilang-gemilang, Tidak segemilang Nabi Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Parti Panas Parti Berjasa, Ketiga dengan Parti Pesaka; Berbilang kaum berbilang bangsa, Sama-sama mahu merdeka.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Bilang berbilang namanya hari, Boleh dibilang Selasa Jumaat; Gilang gemilang cahaya matahai, Lebih gemilang cahaya Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kata itu kata berbilang, Bilang awal sampai ke hujung; Hina bangsa tiada berundang, Terbuang akal meragai untung.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata adat kata yang tua, Berbilang zaman dipakai orang; Ada adat ada tiangnya, Tiangnya iman berdada lapang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pancang jermal tanah di air, Berbilang tahun tiada lapuk; Orang berakal faham berfikir, Senang menuntun sesama makhluk.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Berdentam-dentum di hari raya, Perayaan rasmi berbilang bangsa; Senyum menguntum menambah cerita, Di sebalik senyum racun berbisa.Pantun Melayu SarawakKasih
Permata jatuh atas rumput, Jatuh ke rumput berbilang-bilang; Kalau di mata boleh luput, Dalam hati masakan hilang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah kecapi mengunjung dahan, Putiknya gugur jatuh berdebuk; Sudah kunanti berbilang bulan, Adik tak juga mahu menjenguk.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah kecapi di tepi dusun, Batangnya layu dijilat api; Sudah kunanti berbilang tahun, Abang tak datang menjenguk kami.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas