| Pada berbini baik bujang, Supaya jangan jadi terhutang; Intan manikam cahaya bintang, Terang semacam lilin dipasang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Sejak tungau berbini tuma, Banyaklah angsa menimang haji; Sejak harimau menjadi ulama, Banyaklah rusa datang mengaji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Gelilah tiung berbini banyak, Letak berjalan campak ke parit; Gigilah ompong gusi pun bengkak, Hendak menelan selera pahit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Yang pergi tidak menjelau, Hendak dicari lautan dalam; Orang berbini awak yang risau, Melihat bininya tak tidur malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Untuk apa membeli renda, Untuk memperindah sulaman; Untuk apa berbini janda, Untuk menambah pengalaman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Nak mandi batas banyak, Tambah pulak ada buaya; Nak berbini hutang banyak, Tambah pula rial belanja. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Hendak mandi telaga mana, Telaga darat Padang Kemunting; Hendak berbini si muda mana? Mulut birat betisnya bunting. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Sayur ubi sayur keladi, Mari ramu punca kain; Tuan berbini saya berlaki, Sama-sama mencari lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Untuk apa membeli batik, Untuk jadi kenang-kenangan; Untuk apa berbini cantik, Untuk jadi timang-timangan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Untuk apa pergi berburu, Supaya dapat mengejar rusa; Untuk apa berbini baru, Supaya dapat bertukar rasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |