Berbuah macang dimakan ungka, Ada angin gugur sendiri; Salah cencang tangan terluka, Salah pemimpin hancur negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Berbuah si kundang-lendang, Buah mengkal jatuh ke lubuk; Jangan disentuh tunang orang, Keris pukai makan rusuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kalau berbuah ada ranumnya, Kalau cendawan ada kelatnya; Kalau menyanggah ada hukumnya, Kalau menyanggah ada adatnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Lagi berbuah lagi berduri, Itulah nama asam paya; Lagi bertuah lagi berbudi, Itulah nama orang kaya. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Hendak berbuah buahlah buluh, Kaki dulang kuparas juga; Hendak bertuah bertuahlah tubuh,tuah/balas Budi orang kubalas juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Batang pinang berbuah lebat, Buah berjalin disela upih; Orang kusayang sudah tak ingat, Pada yang lain menumpang kasih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sekali betik berbuah, Beribu belalang tiba; Sekali adik bersumpah, Di situ kubuang nyawa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Barangkali pandan berbuah, Hanyut ke laut beriring-iring; Barangkali badan bertuah, Hanyut ke laut dampar ke Siring. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Pokok kelapa berbuah lebat, Benih dari kampung paya; Kalau kita mencari sahabat, Biarlah dapat orang yang setia. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kalau kuncup hendak berbuah, Jangan ditebang kayu nan rampak; Kalau hidup hendak bertuah, Jangan dibuang ibu dan bapak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |