Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bu.nga] | بربوڠا

Definisi : 1. mempunyai (mengeluarkan) bunga: pokok durian sudah mulai ~; 2. = berbunga-bunga berhias dgn gambar atau lukisan bunga: kain hitam ~ merah; 3. = berbunga-bunga mengandungi (terhias dgn) kata-kata yg indah: bahasanya ~; 4. ki berhias (disertai) dgn: wajahnya ~ senyuman yg manis; 5. mendapat (menghasilkan, mengenakan) bunga atau bayaran faedah: pinjaman yg tidak ~; 6. (sudah) menampakkan tanda (akan terjadi, akan berhasil, dll): segala usaha dan jerih kita sudah ~; 7. ada bunganya (bkn tayar): keempat-empat tayarnya masih ~; 8. bertanda corak timbul (yg dibuat dgn mesin): getah asap ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.nga] | بربوڠا

Definisi : 1 ada bunganya; mengeluarkan bunga: Pokok durian yg di belakang rumah itu sudah ~. 2 = berbunga-bunga berhias dgn sesuatu yg elok-elok: Bercakaplah sekadar yg perlu saja, tidak usah ~ atau bermanis-manis. 3 mendapat bunga atau faedah: Dia mendapat pinjaman yg tidak ~ drpd sahabatnya. 4 menampakkan tanda-tanda atau alamat akan berlakunya sesuatu: Peperangan dunia yg ketiga sudah ~ di Timur Tengah dan di Asia Tenggara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbunga

Puisi
 

Tanamlah bunga tidak berbunga,
     Tanam ke darat berbunga jua;
Di dalam dunia tidak bersama,
     Di dalam akhirat bersama jua.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah,
     dia tidak.

Bermaksud :

Mengandung tetapi selalu keguguran.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Keratau madang berbulu, Berbuah berbunga belum, Berbunga kitika repak, Habis repak bingkuang pula, Berpakai waktu kau menolong, Kurang tolong terbuang saja. Di rumah berguna belum, Berguna ketika sesak, Lepas sesak terbuang pula, Terbuang lagi berpakai, BKurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Esok berbunga engkau keduduk, Berbunga sekali berganding buah; Esok berguna engkau tanduk, Guna menyendi gading bertuah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sayang selasih berbunga rendah, Selasih berbunga kesukaan dara; Aceh dulu tenggelam sudah, Aceh baru dibangun segera.Pantun Melayu SarawakAgama
Sayang engkodok berbunga ungu, Sayang selasih berbunga biru; Tuan gundah saya terharu, Kerana kekasih baru bertemu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanamlah bunga tidak berbunga, Tanam ke darat berbunga jua; Di dalam dunia tidak bersama, Di dalam akhirat bersama jua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak bunga tidak berbunga, Tanam ke darat berbunga juak; Dalam dunia tidak bersama, Dalam akhirat bersama juak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pandan berbunga pandan, Pandan berlipat tidak berisi; Harum juga bunga pandan, Harum di tangan kami tangisi.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Selasih berbunga rumput, Orang Jawa bertanam serai; Bagaimana tidakkan luput, Nyawa di badan lagi bercerai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang selasih berbunga rendah, Patah pucuk dahan pauh; Sedang berkasih hatiku gundah, Inikan pula berpisah jauh.Pantun Melayu SarawakKasih
Sayang cempaka berbunga biru, Ditimbang akan burung garoda; Dipandanglah mata menahan rindu, Kutimbang akan jodoh bersama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1234567

Kembali ke atas