Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ca.bang] | برچابڠ

Definisi : 1. mempunyai cabang, tumbuh cabangnya: pokok pinang memang tidak ~;2. berpecah kpd bahagian (kumpulan dsb) kecil: jalan itu ~ tiga; satu kumpulan ~ ke haluan lain utk memulakan kajian perbandingan; 3. berbelah bahagi (fikiran, ingatan, dsb): ~ hatinya (fikirannya, ingatannya); lidah ~ tiada boleh dipercayai apa katanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.bang] | برچابڠ

Definisi : 1 mempunyai cabang; tumbuh cabangnya: Jarang-jarang sekali kita dpt bertemu dgn pokok kelapa yg ~. 2 berpecah spt cabang: Jalan itu ~ tiga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercabang

Puisi
 

Tanduk rusa bercabang dua,
     Kalau mandi berkubang jangan;
Dosa ini dosa semua,
     Kalau mati seorang jangan.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Lidah bercabang.

Bermaksud :

Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau bercabang batang galah, Barulah selasih dimakan api; Kalau pecah perang sabilillah, Barulah kasih akan berhenti.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buluh betung bercabang rebung, Batangnya tidak berbelah lagi; Sungguh beruntung orang ompong, Makan tidak mengunyah lagi. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Gunung Daik bercabang tiga, Nampak dari Kuala Deli; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Tanduk rusa bercabang dua, Kalau mandi berkubang jangan; Dosa ini dosa semua, Kalau mati seorang jangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pokok kelapa bercabang tiga, Dikerat orang memakai gergaji; Saya cuma hendak menduga, Sejauh mana sumpah dan janji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pokok keduduk bercabang tiga, Akar palas bersimpul pulih; Sungguh duduk bertindih riba, Jangan diharap kata nak boleh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batang selasih sudah bercabang, Tak lama lagi berdaun lebat; Orang kukasih sudah menghilang, Ke mana lagi dagang menepat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sifat kayu cabang-bercabang, Di sanalah tempat rantingnya tumbuh; Adat Melayu tenggang-menenggang, Di sanalah tempat saling mengasuh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Lembu merah tanduk bercabang, Satu tanduk memangku tali; Ayuh adik jangan marah abang, Abang datang nak tentu janji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Yang mustahil memeluk gunung, Kecuali gunung bercabang dua; Orang kiri duduk termenung, Hati bingung mengenang belanjaKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
1234

Kembali ke atas