Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.da.gang] | برداݢڠ

Definisi : 1. menjalankan perniagaan bia­sa­nya di tempat asing atau dgn pembeli atau penjual dr tempat (negeri) asing, berniaga, berjual beli: mereka ~ kain dan menjadi tukang jahit; dia memperoleh banyak ke­untungan dgn ~; 2. = ~ diri hidup (tinggal, diam) di negeri orang, merantau ke tempat (ke negeri) lain: sungguh-sungguh tidak disangka orang luar yg datang ~ ini menghitamkan kampung yg putih bersih itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.da.gang] | برداݢڠ

Definisi : 1 menjalankan perniagaan; berniaga. 2 = ~ diri merantau atau mengembara ke negeri lain: Dia cuma ~ di sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdagang

Puisi
 

Anak saudagar pergi berdagang,
     Tumpang belayar perahu Melayu;
Kapal belayar muatan kurang,
     Kena gelombang tenggelam lalu.


Lihat selanjutnya...(17)

Pantun

PantunSumberTema
Yakin berdagang banyaklah laba, Untuk berlipat datang sendiri; Makin kukenang sesaklah dada, Burung dipikat dah terbang tinggi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walau berdagang rugi sedikit; Kami tertawa bergurau juga; Walau bintang tinggi di langit, Sehabis daya kujangkau juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Baik berdayung berdagang ayam, Di mana sampai dapat berhenti; Adik kusanjung siang dan malam, Daripada bercerai eloklah mati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Waktu menteri berdagang rotan, Sakitlah betis terkena duri; Pilulah hati memandang ternan, Duitnya habis nikah tak jadi.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu menteri berdagang cawan, Banyaklah budak berjaja piring; Pilulah hati memandang kawan, Anaknya banyak bini pun bunting.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu menteri berdagang delima, Anak buahnya berjaja gelang; Pilulah hati memandang panglima, Sejak menikah jalannya goyang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu menteri berdagang lemang, Banyak pembeli memakai pupur; Pilulah hati memandang lubalang, Sejak berbini misainya gugur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu menteri berdagang mangkuk, Kerana terlapah semuanya pecah; Pilulah hati memandang datuk, Kepalalah sulah kerja bertambah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu menteri berdagang surat, Semua datuknya berniaga gelap; Pilulah hati memandang umat, Kerana mabuknya raja menyelap.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu menteri berdagang tilam, Para datuknya membuat bantal; Pilulah hati memandang imam, Kerana nyanyuk ayat tertinggal.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12345

Kembali ke atas