Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.da.han] | برداهن

Definisi : mempunyai dahan atau sudah tumbuh dahannya: pokok yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.da.han] | برداهن

Definisi : 1 ada dahannya. 2 sudah tumbuh dahannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdahan

Puisi
 

Hilir mudik batang berdahan,
     Batang mengkudu pecah uratnya;
Haus lapar dapat kutahan,
     Hati rindu apa ubatnya?


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

PantunSumberTema
Selasih berdahan rapuh, Ke situ tupai melompat; Kekasih berjalan jauh. Kutunggu sampai kiamat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Batang selasih berdahan layu, Di mana buah akan melekat; Orang kukasih enggan bertemu, Di mana pula badan menepat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pucuk turi berdahan merah, Tempat rama-rama duduk bergantung; Buah hati janganlah marah, Risaunya hati tidak tertanggung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hilir mudik batang berdahan, Batang mengkudu pecah uratnya; Haus lapar dapat kutahan, Hati rindu apa ubatnya?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau berdaun lebat sangat, Kalau berdahan dapat dititi; Kalau setahun lambat sangat, Kalau sebulan boleh dinanti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baik urat elok batangnya, Elok batang berdahan rampak; Baik adat elok orangnya, Elok orang imannya nampak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Teluk Jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan; Buah hati marilah dekat, Rindu abang tidak tertahan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanjung jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan; Sayu hati memandang tempat, Hati rindu tidak tertahan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pasang api menambah pukat, Aur perindu tidak berdahan; Buah hati mari dekat, Hatiku rindu tidak tertahan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kayu jati pelampung pukat, Buluh perindu tiada berdahan; Buah hati marilah dekat, Hatiku rindu tidak tertahan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas