Bila terpijak ke onak duri, Kaki berdarah rasanya pedih; Bila kusemak kehendak hati, Hati merana menahan pedih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak tempua ditimpa antan, Kaki luka mulut berdarah; Awaklah tua selera menyetan, Berbini muda lutut pun goyah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ayam berlaga di tengah padang, Patuh-mematuh hingga berdarah; Dalam berduka difitnah orang, Mohonlah petunjuk kepada Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sayang Pak Tua mulutnya ompong, Hendak mengunyah gusi berdarah; Sayanglah dara perutnya kembung, Hendak berlaki serba salah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Suka duka orang berniaga, Untung setahil rugi sekati, Luka lama berdarah semula, Rindu berbisik di sudut hati. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Sapu tangan punca merah, Mari sarung cincin suasa; Luka tangan tampak berdarah, Luka hati menahan rasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sapu tangan berkaki merah, Kakinya diletak dalam perahu; Luka di tangan berdarah merah, Luka di hati tak dapat nak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sapu tangan warna merah, Mari dibungkus dengan bunga; Luka di tangan nampak berdarah, Luka di hati badan merana. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah berangan masaknya merah, Lada cili dalam perahu; Luka di tangan nampak berdarah, Luka di hati sahabat tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak tiung mencuba terbang, Tinggi rendah terbang tak cedak; Awak ompong mengunyah pinang, Gusi berdarah pinang tak rosak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |