Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.da.yung] | بردايوڠ

Definisi : 1. berperahu (berkapal, ber­sampan, dll) dgn menggunakan dayung, meng­gerakkan perahu dsb dgn menggunakan dayung, berkayuh: sesudah beberapa lama mati angin, kapal layar itu tidak bergerak dr tempatnya, sehingga anak buahnya terpaksa ~; 2. Id berkayuh basikal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.da.yung] | بردايوڠ

Definisi : 1 berperahu dgn menggunakan dayung; berkayuh: Mereka ~ menyeberangi sungai yg dalam itu. 2 merengkuh dayung utk menggerakkan sampan dll; berkayuh: Sesiapa yg cepat ~, dialah yg sampai dahulu. 3 naik basikal dgn memutarkan pengayuhnya. 4 memutarkan pengayuh utk menggerakkan basikal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdayung

Puisi
 

Anak Cina berdayung sampan,
     Hendak menuju kuala pekan;
Kalau takut tabur umpan,
     Mana tahu ikan tak makan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Malu bertanya sesat di jalan,
     malu berdayung (= berkayuh) perahu hanyut.

Bermaksud :

Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Segan bergalah, hanyut serantau, b. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut, c. Segan bertanya sesat jalan).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau berbiduk usah berdayung, Kalau berdayung bilakan tiba; Kalau duduk jangan bermenung, Kalau bermenung tiba hiba.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Baik berdayung berdagang ayam, Di mana sampai dapat berhenti; Adik kusanjung siang dan malam, Daripada bercerai eloklah mati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jika berdayung tidak kuat, Hati-hati menempuh ombak; Jika kampung tidak beradat, Budi mati musuh pun banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Yakin berdayung perahu laju, Supaya jangan lama menyeberang; Makin direnung hatiku pilu, Bunga di taman dipetik orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak Cina berdayung sampan, Hendak menuju kuala pekan; Kalau takut tabur umpan, Mana tahu ikan tak makan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Adat bersampan mahu berdayung, Adat membelat mahu berbasah; Adat berkawan mahu menolong, Adat bersahabat mahu bersusah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Yang bersampan tentu berdayung, Yang berbiduk tentu bergalah; Orang beriman perlu disanjung, Orang perajuk perlu disergah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Dari subuh orang berdayung, Hilir mudik tiada terhenti; Dari jauh abang berkunjung, Mencari adik tambatan hati. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tetak tebu buatkan dayung, Hendak berdayung tanah besar; Tuntut ilmu buatkan payung, Hendak berpayung di Padang Mahsyar.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Tiga belas dayung kupaut, Hendak berdayung tanah seberang; Hati di dalam kelam kabut, Tidak kulupa kepada abang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas