Patah kemudi di Tanjung Jati, Mata bertentang jantung berdebar; Tersematlah wajah di lubuk hati, Semakin ditentang semakin gementar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Belilah tikar berserta bantal, Untuk dibentang di dalam pondok; Hati berdebar bercampur kesal, Menengok abang diam merajuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kain kasa berbunga dedap, Dibawa nakhoda di negeri Keling; Hati berdebar rasa tak sedap, Kerana cinta sudah berpaling. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Air tenang dibawa belayar, Ketika balik jaring direntang; Hati bercabang dada berdebar, Menengok adik dijeling orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dapat udang bawa belayar, Hendak dijual pembeli sayur; Teringat abang dada berdebar, Sejak kukenal belum menegur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dapat kolek bawa belayar, Berlumba-lumba dengan perahu; Ingat adik dada berdebar, Kerana lama tidak bertemu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dapat selasih jadi penawar, Direndam orang pengubat demam; Ingat kekasih hati berdebar, Terbayang-bayang siang dan malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Nampak dari Kuala Segamat, Di situ banyak pokok pauh; Berubah hati berdebar semangat, Kerana bertemu kampung bertuah. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Batang kelapa di tepi pagar, Jangan dipetik selagi mumbang; Abang menyapa hati berdebar, Entahkan adik sudi memandang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Putih pauh baru kan besar, Entahkan bila berbunga lagi; Adik menjauh hati berdebar, Entahkan bila bersama lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |