| Sifat perahu berpantang karam, Bila karam binasalah sampan; Adat Melayu pantang berdendam, Bila berdendam binasalah iman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Adat Melayu pantang berdendam, Orang pendendam hati berbulu; Jahatlah laku menentang Islam, Menentang Islam mati terpalu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kerana bayan bertambah garang, Banyaklah pungguk jadi berdendam; Kerana hutan dirambah orang, Banyaklah beruk tak tidur malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Kapal Acheh terlenang-lenang, Sarat bermuat barang dagang; Masih berdendam kasih sayang, Jangan dicampur dengan kenangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Bagaimana titi takkan terendam , Hujan lebat sebelah hulu; Bagaimana kami takkan berdendam, Tuan mendapat pasangan baru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Kalau sekali takiknya dalam, Kayu hidup dimakan api; Kalau sekali adik berdendam, Abang hidup serasa mati. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Perahu Arab berisi jadam, Kena badai rosak tiangnya; Dahulu akrab kini berdendam, Kerana bercerai talak tiga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Kalau sudah mencuci kain, Jangan lagi lama direndam; Kalau sudah menjadi pemimpin, Jangan sekali suka berdendam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |