Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.den.tum] | بردنتوم

Definisi : berbunyi spt bunyi meriam dll: dia terperanjat apabila mendengar petir ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.den.tum] | بردنتوم

Definisi : berbunyi dentum: Bunyi meriam ~-dentum menyambut ketibaannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdentum

Puisi
 

Berdentum bedil Melayu,
     Nak tembak talam tembaga;
Datuk Bandar bukalah pintu,
     Anak dagang nak masuk berniaga.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Berdentum-dentam banir durian, Disepak pergi siburung kurau; Kalau untung badan berjadian, Kalau tidak menjadi gurau.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Berdentum guruh di atas papan, Kilatnya sampai di atas bahu; Tujuh syurga di dalam badan, Tolong huraikan satu persatu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Berdentum bedil Melayu, Nak tembak talam tembaga; Datuk Bandar bukalah pintu, Anak dagang nak masuk berniaga.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Berdentum guruh di papan, Kilat sampai atas batu; Apa masalah dalam badan, Tolong huraikan satu persatu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Berdentum banai berlian, Buat mari perumbung saji; Kalau tak ada petemu tuan, Jangan dicari disakit hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Berdentum tabuh di Rian, Minta tabuh lagi; Kalau untung di hari kemudian, Boleh berbalik sekali lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak raja turun menembak, Bunyi berdentum patah pedati; Tenggelam timbul dilambung ombak, Kalau tak karam balik ke tepi.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Hujan lebat selalu bah, Bunyi berdentum tali temali; Hendak balik serba salah, Baik kulangsung sama sekali.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Apa guna buluh betung, Buluh tidak berguna lagi; Bunyi guruh berdentum-dentum, Awan berarak hujan tak jadi.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Anak beruk berebut kuntum, Ditampar musang lari meraung; Awak gemuk ketum berdentum, Gemparlah orang seisi kampung..Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas