Hujan panas berderai, embun berderai, Sayang ketupat inti, berisi inti; Hancur daging berkecai, tulang berkecai, Belum dapat berhenti, belum berhenti. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Sudah berdebu berderai pula, Berderai sampai ke kota raja; Sudah bertemu bercerai pula, Tinggallah tuan cahaya mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Berderai putus kelindan benang, Campak diberi jari sangkut; Bercerai hati tak senang, Hendak sepergian belumlah patut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Berderai tiung di Linau, Punai turun dinihari; Bercerai kasih bujang panau, Makan nasi sesuap sehari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jika hujan berderai-derai, Turun monyet naik lembiding; Tiga hari lama bercerai, Sobok-sobokkan sebelah dinding. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hujan panas berderai-derai, Derai mula dari hulu; Di sini kita bercerai, Di akhirat kita bertemu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Daun pedada luruh berderai, Hilir mudik sebelah pagi; Ada restoran ada gerai, Pilih gerai makan Pak Aji. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Asap api embun berderai, Tiba di puntung pecah belah; Niat di hati segan bercerai, Kerana untung takdir Allah, | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tiup api embun berderai, Galah patah haluan perahu; Niat hati tak hendak bercerai, Kuasa Allah siapa tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tiup api embun berderai, Turun ke padang memburu rusa; Niat di hati tak mahu bercerai, Hidup mati berkubur dua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |