Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.de.rang] | بردرڠ

Definisi : mulai terang (hari), mulai pagi: saya tidak menyuruh pulang, hari sudah ~ siang; akal ~ terang (terbuka) akal; ® benderang II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.de.rang] | بردرڠ

Definisi : menderang berbunyi spt bunyi gendang besar (tambur dll), berbunyi spt bunyi pinggan mangkuk dsb jatuh: bunyi barang-barang kaca jatuh ~ dan bunyi kerusi meja jatuh terbalik, legum-legam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.de.rang] | بردرڠ

Definisi : berbunyi spt bunyi pinggan mangkuk jatuh (duit syiling jatuh dll): Apabila tali ditarik, tin itu pun ~ dan larilah burung dr sawah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.de.rang] | بردرڠ

Definisi : mula terang (hari); mula pagi: Bangunlah, hari sudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berderang

Puisi
 

Pecah wadah bunyi berderang,
     Orang mengail ikan gelama;
Hutan diredah laut direnang,
     Hajat berjumpa sahabat lama.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Apa bunyi berderang-derang, Itulah bunyi kulit kerang; Ingat bimbang zaman sekarang, Sedikit yang betul banyak yang kurang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pecah wadah bunyi berderang, Orang mengail ikan gelama; Hutan diredah laut direnang, Hajat berjumpa sahabat lama.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas