Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.do.Öa] | بردعاء

Definisi : , mendoa meminta (memohon) kpd Tuhan, mengucapkan (menyampaikan) doa: bangun pagi sembahyang subuh kemudian ~ kpd Tuhan; aku ~ semoga Tuhan mende­katkan aku kpd kebaikan dan menjauhkan aku drpd kejahatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.do.Öa] | بردعاء

Definisi : bermohon kpd Tuhan; mengucapkan (menyampaikan) doa: Aku ~ kpd Tuhan supaya aku dikurniai anak lelaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdoa

Puisi
 

Tinggi sungguh Gunung Tahan,
     Di Tanah Melayu gunung yang tinggi;
Berdoa kita ke hadrat Tuhan,
     Panjang umur berjumpa lagi.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Waktu isyak banyak berdoa, Tegak sembahyang serta bertaubat; Mahu menikam awaklah tua, Hendak membujang tak sampai niat.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sejak beruk rajin berdoa, Gagak pun rajin memakai kain; Sejak datuk kahwin muda, Banyaklah datin terburai kain.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang ada sudah dihimbau, Niat berdoa menolak bala; Orang duda suka mengingat, Teringat janda ditalak tiga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Hendak berjalan jambatan panjang, Orang bertukang jambatan roboh; Adik berdoa umur panjang, Selagi hayat kita berjodoh.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Tinggi sungguh Gunung Tahan, Di Tanah Melayu gunung yang tinggi; Berdoa kita ke hadrat Tuhan, Panjang umur berjumpa lagi.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Orang Brunei pergi nelayan, Memancing ikan di tengah laut; Kita berdoa mudah-mudahan, Sampai kita dapat berpaut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Senyap sunyi istana raja, Kerana beliau pergi berburu; Setiap hari hamba berdoa, Semoga engkau sudi menunggu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ada gelas berisi bunga, Ada kayu dibelah-belah; Seikhlas hati kami berdoa, Mangsa Tsunami dirahmati Allah.Pantun Melayu SarawakAgama
Cik Jeddah pulang ke Jeddah, Segala harta di bawa balik; Berpantun sudah berdoa pun sudah, Teruna dan dara masuk ke bilik.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pulau Rupat berteluk landai, Desanya kecil pasir pun rata; Risaulah umat menengok lebai, Berdoa sambil bermain mata.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12

Kembali ke atas