Berdua-dua berjalan malam, Kain disidai di rumah sebelah; Mabuk arak dari semalam, Main mabuk bila nak sudah? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Katuh basikal berdua-dua, Susuk keris besi waja; Hebih berita tentang Pak Tua, Masuk mahkamah merogol remaja. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Ikan gelama dimasak tumis, Mari dimakan berdua-dua; Kucing tertawa ayam menangis, Sebab bercinta si bujang tua. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Kalau tak tinggi diberi bulang, Rendamlah tali dua-dua; Kalau tak jadi abang pulang, Diamlah di sini kita berdua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Orang Melayu dua serupa, Turun sekawan waktu pagi; Dari seorang baik berdua, Boleh juga bersuka hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kain pelekat mukanya dua, Sudah sejudu beri bertali; Duduk berdekat kita berdua, Marah ibu jangan peduli. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kain pelikat mukanya dua, Mari kait benang berduri; Sudah bertekad kita berdua, Orang lain jangan peduli. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kain pelikat kepala dua, Jahit dengan benang masturi; Sudah berpakat kita berdua, Cakap orang jangan peduli. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak sapi berkepala dua, Ditimbun raja tepi telaga; Buah hati abang berdua, Hendak dipilih sama serupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dua puluh satu bilang Melayu, Satu likur bilang Jawa; Sama-sama menanggung malu, Kalau mati kita berdua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |