Katuh basikal berdua-dua, Susuk keris besi waja; Hebih berita tentang Pak Tua, Masuk mahkamah merogol remaja. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kalau ada nenek tua, Kayu bongkok mati dijulang; Kalau kehendak kita berdua, Karam perahu sama direnang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tali pinggang hadiah Pak Tua, Banyak dijual di gerai-gerai; Makan sepinggan kita berdua, Sampai mati tidak bercerai. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Kasih |
Ikan gelama dimasak tumis, Mari dimakan berdua-dua; Kucing tertawa ayam menangis, Sebab bercinta si bujang tua. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Hinggap mari di hujung ciku, Mari hinggap di ranting tua; Hendak mati di hujung kuku, Satu kubur kita berdua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |