Orang datang berduyun kereta, Hendak makan jamuan raja; Boleh berjumpa ayah dan bonda, Di situ boleh abang berkira. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Azan subuh menyeru solat, Orang berduyun pergi ke surau; Badanku lumpuh menunggu surat, Abang bertahun pergi merantau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Lebah bukan sebarang lebah, Lebah berduyun membuat sarang; Lidah bukan sebarang lidah, Lidah beracun dilaknat orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |