Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.re.but] | بربوت

Definisi : berlumba-lumba (berdahuluan) utk mengambil sesuatu: ~ kuasa; ~ tempat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.re.but] | بربوت

Definisi : berlumba-lumba mengambil sesuatu: ~ tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rebut
Kata Terbitan : berebut, merebut, perebutan,

Puisi
 

Apa guna main berigot,
     Pandan muda masih berbunga;
Apa guna tuan berebut,
     Badan muda masih berguna.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Seperti berebut kelongkong kelapa.

Bermaksud :

Pergaduhan dengan sebab makanan atau keuntungan yang sedikit. kelongkong = buah nyiur yang masih muda.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Berebut beruk merendam labu, Kancil marah buntal bersorak; Terkentut datuk dalam kelambu, Katil patah bantal berselerak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Berebut beruk lari ke padang, Lari dikejar si ular sawah; Takut menengok bini meradang, Kaki gementar celana pun basah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Biarlah orang mencabut benta, Kita mencabut tugal di darat; Biarlah orang berebut harta, Kita berebut amal ibadah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyaklah angsa berebut terbang, Membumbun gangsa menuju lopak; Banyaklah jasa disebut orang, Agunglah jasa ibu dan bapak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Anak beruk berebut kuntum, Ditampar musang lari meraung; Awak gemuk ketum berdentum, Gemparlah orang seisi kampung..Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Biarkan orang berebut buah, Kita menjaga buah kemiri; Biarkan orang berebut tuah, Kita menjaga tuah sendiri.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyak sudah orang berburu, Berebut mencari rusa bertuah; Banyak sudah abang bercumbu, Lembutlah gigi dari lidah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hiruk-pikuk orang berbantah, Berebut badik sambil bertengkar; Terbongkok-bongkok abang menyembah, Patutkah adik bermain kasar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hiruk-pikuk kucing di dapur, Berebut panggang dengan tikus; Awaklah bongkok mata pun kabur, Berlaki bujang cepatlah mampus.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tanjung Datuk redan berbuah, Orang berebut membawa bekas; Untungku elok badan bertuah, Gayung bersambut cinta berbalas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas