Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.fi.kir] | برفيکير

Definisi : menggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu dsb), mempertimbangkan (dlm ingatan): ia ~ bahawa wang itu lebih berharga drpd nyawanya; ia pun ~ lalu berkata; ~ panjang mempertimbangkan baik-baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.fi.kir] | برفيکير

Definisi : bekerja dgn otak (utk membuat sesuatu keputusan dsb): Dia ~ dahulu sebelum membuat sesuatu. ~ panjang berfikir dgn teliti dan mendalam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berfikir

Puisi
 

Orang Kedah hilir berdikir,
     Sapu tangan bungkuskan bunga;
Apa sudah duduk berfikir,
     Lepas tangan orang punya.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Perut kosong penggilap otak.

Bermaksud :

Lapar menyebabkan orang berfikir.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Sifat perahu suaka di air, Bila di air dapat belayar; Adat Melayu suka berfikir, Bila berfikir manfaatnya besar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Cucu cepat hafal, Hafal lagu Anding, Berfikir secara global, Dunia tanpa dinding.Pantun Melayu SarawakNasihat
Hendak membeli jentera batu, Alat binaan jalan raya; Sebelum buat berfikir dahulu, Agar tidak jadi terpedaya.Pantun Melayu SarawakNasihat
Orang berzikir bawa tawakal, Jawablah dengan Allah ya Rabbi; Habis berfikir dengan akal, Tuan juga masih di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau berkitab membaca syair, Banyaklah orang datang mendengar; Kalau bercakap tidak berfikir, Banyaklah orang banyak bertengkar.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pasang surut airnya dengkat, Arusnya ada jejak ke pantai; Orang patut berfikir cermat, Memutus perkara taklah lalai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Orang Kedah hilir berdikir, Sapu tangan bungkuskan bunga; Apa sudah duduk berfikir, Lepas tangan orang punya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak kuda baru kan lahir, Sudah dibawa berjalan jauh; Sejak muda perlu berfikir, Supaya tua kelakuan senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pancang jermal tanah di air, Berbilang tahun tiada lapuk; Orang berakal faham berfikir, Senang menuntun sesama makhluk.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Dari awal sampai ke akhir, Limau lelang saya kupaskan; Singa bersoal garoda berfikir, Rimau garang saya lepaskan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12

Kembali ke atas