Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ga.duh] | برݢادوه

Definisi : 1. berkelahi, bertengkar: baiklah berhati-hati jangan sampai ~ dgn orang itu; 2. membuat gempar (bising): orang sangat hairan melihat gadis-gadis ~ dgn sengitnya; 3. campur aduk, kusut, tidak keruan, sangat kacau: kalau bangsa-bangsa dlm negeri mulai ~, sukarlah hendak menenteramkan mereka kembali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ga.duh] | برݢادوه

Definisi : 1 berbuat gempar atau huru-hara; berbuat gaduh: Orang sedang mengaji, kamu semua jangan ~ di sini. 2 berkelahi, sama ada dgn bertumbuk, bertengkar saja atau sampai berbunuh-bunuhan: Mereka yg menjadi ahli kongsi gelap selalu saja ~ antara satu dgn yg lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergaduh

Puisi
 

Anak Cina masak itik,
     Masak mari sampai luluh;
Memang tak guna berbini cantik,
     Hari-hari sahaja bergaduh.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Adat Melayu pantang bergaduh, Suka bergaduh hatinya busuk; Jahatlah laku orang bermusuh, Suka bermusuh kepalanya pesuk.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tabiat Melayu suka mengalah, Supaya hidup tidak bergaduh; Sepakat Melayu membawa berakah, Selama hidup nampak senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Yang berkayuh dahulu sampai, Yang bergalah tiba kemudian; Orang bergaduh perlu dilerai, Orang mengalah kite muliakan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Baru sekali pergi ke kota, Datang ke kota bunyi bergaduh; Baru sekali saya berkata, Hendak peduli kakanda jauh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Semak halaman berpagar buluh, Tanam kundur ulam pegaga; Emak bapa asyik bergaduh, Anak tidur asyik terjaga.Pantun Melayu SarawakNasihat
Apabila hari sudah subuh, Dirikan solat dengan segera; Apabila laki suka bergaduh, Memberi ingat jangan mencerca.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kata tua kata peneduh, Peneduh nafsu angkara murka; Hina bangsa gila bergaduh, Gaduh itu pangkal celaka.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tegak adat hidup senonoh, Pemimpin adil rakyat sejahtera; Rosak adat hidup bergaduh, Pemimpin degil rakyat derhaka.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mengapa lalang banyak tumbuh, Kerana tidak berladang padi; Mengapa banyak orang bergaduh, Kerana tidak mengenang budi.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Jika dayung tidak kuat, Dibuat pengayuh pastilah patah; Jika kampung tidak beradat, Umat bergaduh dilaknati Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12

Kembali ke atas