Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ga.lah] | برݢاله

Definisi : menggunakan galah, menjalankan perahu (rakit dsb) dgn memakai galah; segan ~ hanyut serantau prb kalau malas berusaha tentu mengalami kerugian besar dlm kehidupan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ga.lah] | برݢاله

Definisi : 1 mempunyai atau ada galah: Saya tidak ~ utk menjolok buah itu. 2 menggunakan galah; menggerakkan atau menjalankan sesuatu dgn galah: Baginda telah lari ke hulu negeri dgn ~ rakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergalah

Puisi
 

Laksamana mudik beredap,
     Bergalah sahaja perahunya tidak;
Laksana bunga dedap,
     Merah sahaja berbaunya tidak.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Segan bergalah,
     hanyut serantau.

Bermaksud :

Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Malu makan, perut lapar).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau sekali bergalah terap, Dua kali bergalah buluh; Kalau sekali tersalah cakap, Dua kali menjadi musuh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Baik bergalah mudik ke hulu, Menjala ikan ketika pagi; Adik kupuja sejak dahulu, Mengapa puan tiada peduli.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau bergalah di semak-semak, Kalau memnjat dicari dahan, Kalau berlunjur ditarik lutut; Kalau bersalah disemak-semak, Kalau tersesat dicari jalan, Kalau terlanjur berbalik surut.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Yang bergalah digalahkan juga, Yang belayar dilayarkan pula; Yang bersalah disalahkan juga, Yang benar dibenarkan pula.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau bergalah jangan berkayuh, Kalau berkayuh bertambah basah; Kalau susah jangan mengeluh, Kalau mengeluh bertambah susah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kaalau bergalah tepatlah tepat, Supaya sampah tidak terdangkut; Kalau bersalah bertaubatlah cepat, Supaya badan tidak melarat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apa bergalah di malam hari, Banyak onak di haluan perahu; Apa yang salah di dalam diri, Awak hendak orang tak mahu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Yang bergalah sama ke hulu, Yang ke hilir sama belayar Orang susah sama dibantu, Orang pandir sama diajar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Galah besar bergalah kecil, Galah kecil kita lapisi; Salah besar kita lapisi, Salah kecil kita habisi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sudah banyak orang bergalah, Yang berenang hanya sedikit; Sudah banyak orang yang kalah, Yang menang hanya sedikit.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
123

Kembali ke atas