Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gan.ti] | برݢنتي

Definisi : bertukar, berubah, beralih menjadi; ~ nama bertukar namanya; ~ pakaian bertukar pakaian; hari (minggu, bulan, tahun) ~ hari (minggu, bulan, tahun) selepas hari dll ini hari dll kemudiannya pula; satu ~ satu satu demi satu bertukar, bergiliran; silih ~ = saling ~ = ganti-~ bergilir-gilir atau bertukar-tukar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gan.ti] | برݢنتي

Definisi : 1 berubah menjadi lain; bertukar kpd yg lain: Cuaca yg terang ~ kelam. 2 bertukar dgn yg lain: Bajunya yg bertampal-tampal itu tidak pernah ~. ~ nama berubah namanya. ~ tikar berkahwin dgn kakak atau dgn adik isteri yg telah meninggal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berganti

Puisi
 

Pecah takar berganti takar,
     Tempat minum si burung nuri;
Bisa ular tidakkan tawar,
     Walau menyorok di akar berduri.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Habis kapak berganti beliung.

Bermaksud :

Sangat rajin bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Pantun

PantunSumberTema
Cekur manis separuh hidup, Masaklah kari berganti-ganti; Jangan ditangis cerai hidup, Lepas seorang berdua ganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak bulan tiada pohon, Anak kubis tepi sempadan; Habis bulan berganti tahun, Sudah habis nyawa di badan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asal sukun di Laut Jati, Terendak Cina jatuh ke ruang; Patah tumbuh hilang berganti, Kasih lama tidak terbuang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan mudah memakai purdah, Sungguh bunga berupa daun; Bukan hati tertambat mudah, Hilang bulan berganti tahun.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan mudah bunga engkodok, Bunga serupa dengan daun; Bukan mudah adik kehendak, Hilanglah hilang berganti tahun.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah macang buah kuini, Masak sebiji dalam daun; Mengapa begini hatiku ini, Habis bulan berganti tahun.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak haruan lima berlima, Mencari makan di balik daun; Harap tuan saya terima, Habis bulan berganti tahun.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cepu-cepu Pangkalan Cina, Cepu kecik beragi-ragi; Kalau dulu abang yang punya, Ini sekarang lain berganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas