Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ge.lut] | برݢلوت

Definisi : 1. peluk-memeluk dan guling-menggulingkan (spt orang bergusti), bergomol, bergulat, bergusti (utk menunjukkan kekuatan seseorang dll); 2. berkelahi: ia luka kerana ~ dgn tiga orang perompak; 3. bertungkus-lumus atau bergiat dgn hebatnya (melakukan atau mencuba mengatasi sesuatu), bertarung (bertentangan, bersaingan, dsb): suatu fakta penting utk penghidupan dlm dunia yg ~ dan berlumba-lumba ini; ~ dgn maut; bagai tupai ~ prb perihal kehebatan langkah dll seorang pendekar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ge.lut] | برݢلوت

Definisi : peluk-memeluk dan guling-menggulingkan (sama ada berkelahi atau bermain-main saja); bergomol. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergelut

Peribahasa

Bagai kucing main daun.

Bermaksud :

Kehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kuau mengigal [= menyesar], b. Bagai tupai bergelut, c. Berbelok kucing main daun, d. Seperti elang menyongsong angin).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Walaupun banyak ikan dilaut, Di belanga juga yang kita makan; Walaupun banyak teman bergelut, Yang setia juga membela kawan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas