Saja bertiga datang ke padang, Datang ke padang membeli baju; Fasal saja duduk bergendang, Duduk bergendang melepas malu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Jika bergendang kulit kerbau, Dalam majlis tari menari; Adik ini dagang merantau, Mengharap belas abang di sini. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Cina Bau Kuching, melanggar Kuching, Kuching lari Seberang, Kampung Seberang; Janganlah tuan rungsing, berhati rungsing, Kita bergendang orang, menghibur orang. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Hitam-hitam mata, cermin mata, Dalam gelap terang, menjadi terang; Jika sungguh kata, bagai dikata, Lepas bergendang pulang, kuikut pulang. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Hendak mengada majlis bergendang, Minta kebenaran di Rumah Pasung; Hendak menangkap ikan terbang, Terlepas keli terlepas baung. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Saya tidak pandai berhidang, Sebarang hidang saya hidangkan; Saya tidak pandai bergendang, Sebarang gendang saya gendangkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Alang-alang mandi di dulang, Sayang keronsang darilah bertali; Alang-alang kita bergendang, Baik dan jahat langsung sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Apalah guna pelita, pasang pelita, Jikalah tidak sumbunya, dengan sumbunya; Apalah guna bercinta, kita bercinta, Jikalah tidak sungguhnya, dengan sungguhnya. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
angin malam menderu, angin menderu, Kain pelikat biru, berwarna biru; Kain lama baru, kesuma baru, Main lama baru, diulang baru. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Orang berburu Landih, dari Landih, Dapat seekor beruang, anak beruang; Hatiku puan sedih, bertambah sedih, Mengenang nasib orang, dihina orang. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |