Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gi.gi] | ب‌رݢي‌ݢي

Definisi : mempunyai gigi; tidak ~ a) tidak mempunyai gigi; b) tidak berkuasa; belum ~ hendak mengunyah prb hendak mengerjakan sesuatu padahal belum cekap lagi; belum ~ sudah hendak menggigit prb hendak berkuasa padahal belum lagi mempunyai kekuasaan; mengunyahkan orang ~ prb mengajar orang yg sudah tahu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergigi

Puisi
 

Asuklah hitam bergigi emas,
     Ekor dia lilit ke sawa;
Tubuhnya hitam kupeluk kemas,
     Rasa memeluk intan gemala.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Belum bergigi hendak mengunyah.

Bermaksud :

Hendak melakukan sesuatu tetapi alat syaratnya belum ada.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Sungguh gagah bergigi utuh, Mengunyah tulang tidak bererti; Sungguh tabah hati si lumpuh, Dilapah orang tidakkan lari.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sungguh beruntung bergigi rata, Makan mempelam tidak diluluh; Sungguh beruntung berlaki buta, Berjalan malam tidak bersuluh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Hitamlah hitam bergigi emas, Duduklah dia pandai berlawa; Sajalah hitam dipeluk kemas, Seperti memeluk intan gemala.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asuklah hitam bergigi emas, Ekor dia lilit ke sawa; Tubuhnya hitam kupeluk kemas, Rasa memeluk intan gemala.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ada perigi sarang penyengat, Budak berlari tungang-langgang; Tiada bergigi teringin sangat, Hendak makan ayam panggang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Sejak limau menjadi kedondong, Banyaklah puding dimakan ulat; Sejak harimau bergigi ompong, Banyaklah kambing melawan bersilat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Selama tidak berperigi lagi, Punai merbah tercari-cari; Selama tidak bergigi lagi, Petai dikunyah pandai menari.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sayangnya cawan berisi pindang, Hendak minum menjadi susah; Sayangnya tuan bergigi panjang, Hendak mencium pipi berdarah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ada malangnya menjadi kembang, Bila harum mencarinya banyak; Ada malangnya bergigi jongang, Bila mencium gigi yang jejak. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ada untungnya mencari kerang, Walaupun basah gembira juga; Ada untungnya bergigi jongang, Walaupun marah tertawa juga. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12

Kembali ke atas