Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hé.mat] | برهيمت

Definisi : 1. berjimat, bercermat: sebab itu dia hendak ~ menyimpan wang; 2. berhati-hati, teliti: amatlah mustahaknya pengarang itu ~ kerana sekiranya perkataannya itu didapati palsu maka hukuman terhadapnya menjadi berat; ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb perlu berikhtiar dgn sungguh-sungguh supaya tidak menyesal di kemudian hari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hé.mat] | برهيمت

Definisi : 1 berdikit-dikit (mem­belanjakan wang); berjimat: Kalau tidak ~ membelanjakan wang, kita tidak akan dpt menyimpannya. 2 berhati-hati; berawas-awas; berjaga-jaga: Ingat sebelum kena, ~ sebelum habis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hemat
Kata Terbitan : berhemat, menghematkan, kehematan, penghematan,

Peribahasa

Telah habis maka dimakan.

Bermaksud :

Berhemat cermatlah dalam semua perkara.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Pasang pelita berhemat cermat, Supaya minyak tidak tertumpah; Kukenang dinda sampai kiamat, Supaya tidak termakan sumpah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau tidak kerana berhemat, Habislah bayam ditutup benta; Kalau tidak kerana Nabi Muhammad, Habislah alam gelap-gelita.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau tidak kerana berhemat, Takkan ada renda bersulam; Kalau tidak kerana Nabi Muhammad, Takkan ada agama Islam.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Supaya makan dapat berhemat, Jangan lagi menuruti selera; Supaya iman tidak berkarat, Luruskan hati takuti dosa.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau ditegang jerami sianit, Keratlah juga berhemat-hemat; Kalau ditimbang bumi dan langit, Beratlah juga Nabi Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Adat berbicara berhalus-halus, Adat bermuafakat berhemat cermat; Adat bersaudara berlurus-lurus, Adat berkerabat ingat-mengingat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Yakin beramai beringat-ingat, Kalau merempai datang sengketa; Kain dipakai berhemat-hemat, Kalau terburai orang berdosa.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak kuda melompat-lompat, Bila Ielah masuk ke kandang; Sejak muda berhemat-hemat, Supaya tua hidup terpandang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Anak kuda baru kan lahir, Sudah dibawa berjalan jauh; Sejak muda berhemat-hemat, Supaya tua hidup terpandang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila meniup tidak cermat, Salah-salah tangan terbakar; Apabila hidup tidak berhemat, Lama-lama badan terkapar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas