Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hen.ti] | برهنتي

Definisi : 1. tidak bergerak (berjalan, bekerja, dll) lagi, tidak meneruskan lagi: enjin kereta itu sudah ~; di hujung jalan itu mereka ~; kereta api ini tidak ~ di Segamat; ia sudah ~ bersekolah; 2. berakhir, habis, tamat: hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang; orang kehilangan pun tiada ~ lagi; 3. meletakkan jawatan (pekerjaan dll), tidak menjadi ahli (pelanggan dll) lagi: dia ~ kerana ingin bertanding dlm pilihan raya umum; 4. berehat, melepaskan lelah: jika tuan hamba lelah ~ dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hen.ti] | برهنتي

Definisi : 1 tidak bergerak atau tidak berjalan lagi (bkn enjin kereta dll); tidak meneruskan lagi: Bas itu ~ di hadapan rumahnya. Anaknya yg tua sudah ~ sekolah. 2 berakhir; habis; tamat: Hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang. 3 meletakkan jawatan atau pekerjaan; tidak menjadi ahli kesatuan dll: Dia ~ kerana dia hendak melanjutkan pelajarannya di luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
henti
Kata Terbitan : berhenti, memberhentikan, menghentikan, pemberhentian, perhentian,

Puisi
 

Ulak- ulak perahu Kuraman,
     Pulau Burung tempat berhenti;
Apa penjolok bunga di taman,
     Belum dapat belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Sudah mengilang membajak pula.

Bermaksud :

Tak berhenti-hentinya bekerja; menderita kesusahan yang tak habis-habis. mengilang = menggilang tebu untuk diambil airnya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

PantunSumberTema
Angin berhenti lautan tenang, Buah berembang dikutip nyonya; Teringin hati memetik kembang, Rupanya kembang sudah berpunya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bujang kelana mandi subuh, Dari pagi tidak berhenti; Bagaimana hati tak gundah, Semalam-malam tidak berhenti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung merpati terbang seribu, Mari berhenti di tengah halaman; Abang nak mati di hujung kuku, Hendak berkubur di tapak tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berapa jauh tanah Palembang, Tempatlah burung pulang berhenti; Berapa jauh adinda datang, Mendengar tuan ada di sini.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak simpang bersimpang siur, Jalan yang mana tempat berhenti; Aku melimpang bukannya tidur, Hanya menenang di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah nyiur di pucuk mahligai, Anyam ketupat tidak berinti; Hancur badan tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas