Sejak beruk bermain gendang, Banyaklah kijang turut menari; Sejak datuk berhidung belang, Banyaklah orang takut berbini. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sayangnya pedang bergagang pendek, Hendak mencencang tiada berguna; Kupandang abang berhidung pesek, Hendak mencium sesaklah nyawa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ada untungnya menampung cerek, Air diminum tidakkan gatal; Ada untungnya berhidung pesek, Sekali mencium santak ke pangkal. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu menteri mendukung itik, Tua dan muda hadir menolong; Sayulah hati berhidung pesek, Muka rata bibir yang muncung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |