Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ri.ngat]/[ber.i.ngat] | برايڠت

Definisi : berjaga-jaga, berhati-hati, cermat: dia sangat ~ pd masa berucap itu agar jangan tersinggung sesiapa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ri.ngat]/[ber.i.ngat] | برايڠت

Definisi : berhati-hati; dgn hati-hati dan teliti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beringat

Puisi
 

Buah pinang dalam celepa,
     Buah nipah dibuat pengat;
Tuan senang jangan lupa,
     Sudah susah baru beringat.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Agak-agak bertutur malam hari.

Bermaksud :

Mesti selalu beringat-ingat ketika memperkatakan sesuatu.

 

Lihat selanjutnya...(11)

433

Once bitten, twice shy

Orang yang pernah ditimpa pengalaman buruk sudah tentu akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak akan berulang

Sekali tersengat, selalu beringat

I once lost a lot of money to get rich scheme, and I am afraid to invest in your scheme even though it promises a 300% return within 15 months. Once bitten, twice shy.

Saya pernah rugi besar dalam skim cepat kaya, dan saya takut hendak melabur dalam skim awak walaupun dijanjikan pulangan 300% dalam tempoh 15 bulan. Sekali tersengat, selalu beringat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Yakin beramai beringat-ingat, Kalau merempai datang sengketa; Kain dipakai berhemat-hemat, Kalau terburai orang berdosa.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Siapa ingat hari kan petang, Tentulah dia bergegas mandi; Siapa beringat kebaikan orang, Tentulah dia membalas budi.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Dibilang kata disebut adat, Siapa beradat nama terpuji; Sebarang kerja patut beringat, Siapa ingat kerja menjadi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pisang muda masak pengat, Masak mari bulan puasa; Tuan muda baik beringat, Antara dendam rosak binasa.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Bagaimana kapal takkan hanyut, Bila talinya tidak bertambat; Bagaimana akal tidakkan belot, Bila kajinya tidak beringat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Buah pinang dalam celepa, Buah nipah dibuat pengat; Tuan senang jangan lupa, Sudah susah baru beringat.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat

Kembali ke atas