Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.ga] |  برجاݢ

Definisi : 1. tidak tidur (kerana sesuatu hal, sakit, dsb): Ahmad ~ hingga ke pagi; 2. berawas: pihak polis sedang ~ di kawasan perompakan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ja.ga] |  برجاݢ

Definisi : 1 tidak tidur kerana sesuatu hal: Ibu itu ~ sampai pagi kerana anaknya sakit kuat. 2 berkawal utk menjaga keselamatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaga (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;,
Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga,

Puisi
 

Si pungguk helang karikan,
     Tidur siang berjaga malam;
Sungguh dia unjuk berikan,
     Pepat di luar rencong di dalam.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Mata tidur,
     bantal berjaga.

Bermaksud :

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang, b. Mata kejam, bantal membuat ragam).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Waktu duduk berjaga-jaga, Banyaklah kain dipakainya; Waktu datuk tergila-gila, Banyaklah datin dicerainya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kelat mata malam berjaga, Baharu nak tidur kelambu baru; Berbau harum bunga cempaka, Belum kusolek sudah berbau.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Induk helang baru bertelur, Berjaga-jaga sepanjang hari; Kutengok abang mahu menegur, Makanya hamba datang ke mari. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan mudah orang berhelat, Tahan berjaga siang dan malam; Bukan mudah memegang adat, Iman di dada berpantang padam.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Si pungguk helang karikan, Tidur siang berjaga malam; Sungguh dia unjuk berikan, Pepat di luar rencong di dalam.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Helang pungguk helang berikan, Tidur siang berjaga malam; Sungguh unjuk tidak berikan, Pepat di luar rencong di dalam.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Apabila bertiup angin badai, Ombak datang harus berjaga; Apabila hidup ingin terpakai, Kepercayaan orang harus dijaga.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Anak kuda memakan dedak, Datang balam duduk berjaga; Awak duda gilakan talak, Siang malam mengintai janda.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apa guna pasang pelita, Kalau tidak dengan sumbunya; Apa guna berjaga mata, Kalau tidak dengan sungguhnya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Yang unta tahan dahaga, Berpacu sehari minum seteguk; Orang tua tahan berjaga, Memangku bini semalam suntuk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12

Kembali ke atas