Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.lan.ja.lan] | برجالن - جالن

Definisi : 1. bersiar-siar makan angin dgn berjalan kaki: Ali pergi ~ bersama isterinya di tepi pantai itu; 2. melancong: setiap musim cuti, mereka pergi ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ja.lan.ja.lan] | برجالن - جالن

Definisi : 1 bersiar-siar dgn berjalan kaki atau dgn kenderaan: Pd petang hari, ia ~ dgn anaknya di dlm taman. 2 (pergi) makan angin atau melancong: Pd cuti sekolah yg lalu, mereka pergi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Puisi
 

Baiklah baik berjalan-jalan,
     Kalau takut bawalah teman;
Alangkah merpati berpasang-pasangan,
     Mengapa orang tidak berkawan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Macam kepiting jalan.

Bermaksud :

Orang yang berjalan miring.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Dang empat berjalan-jalan, Jalan-jalan ke rumah; Air mataku tumpah di jalan, Mengenang badanku terlalu murah.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Berjalan-jalan berdua bertiga, Tepi-tepi kayuh perahu; Lautan dalam dapat diduga, Hati manusia siapa tahu.Pantun Melayu SarawakKasih
Bermain-main berjalan-jalan, Naik basikal berkawan-kawan; Mula berdagang kecil-kecilan, Menempah nama jadi jutawan.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Baiklah baik berjalan-jalan, Kalau takut bawalah teman; Alangkah merpati berpasang-pasangan, Mengapa orang tidak berkawan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pagi redup kita bertemu, Berjalan-jalan di Kampung Jawa; Selagi hidup carilah ilmu, Tidak menyesal di hari tua.Pantun Melayu SarawakIlmu
Pergi berburu di hutan Tabuan, Dapat seekor burung kedidi; Berjalan-jalan tiada tujuan, Pak Tua melihat makan tak jadi.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kalau berjalan di jalan raya, Pakai sarung kebaya kasa; Kalau berkawan orang kaya, Asyik teringin hendak merasa.Pantun Melayu SarawakNasihat
Bagaimana jalan ke Santubong, Berjalan kaki tengah halaman; Bagaimana cara menangkap burung, Tabur padi di tapak tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Satu dua orang berjalan, Datang hujan terlalu lebat; Dulu kita seiring jalan, Sekarang tuan mahu khianat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Limau manis celah jalan, Masak sebutir makan juput; Hitam manis turun berjalan, Macam padi lepas merumput.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas