Berjudi kalah lari ke mana, Lari ke hutan ke celah rimba; Abang nak bujang sampai ke mana, Kalau tak boleh macam adinda. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Adat Melayu pantang berjudi, Judi sabung membawa laknat; Jahatlah laku membuang kaji, Kaji dibuang binasalah umat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Laman tempat orang berjudi, Kalau kalah lari ke mana Kalau tak jumpa teman sejati, Abang nak bujang selama mana? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Banyak helah tipu dan daya, Berjudi tidak menjadi kaya; Minyak sawit di pasaran dunia, Jadi kebanggaan rakyat Malaysia. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Orang belayar di atas layar, Orang berjudi di atas rimbat; Hutang rial boleh dibayar, Hutang budi bertambah rimbat. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Dua tiga ke ladang mencari, Orang berjudi di dalam puan; Dua tiga boleh kucari, Tidak sama semacam tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kuala Johor jangan diduga, Kuala Pekan orang berjudi; Antara tidur dengan jaga, Terasa tuan datang ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Galah terpacak di tengah laman, Laman tempat orang berjudi; Bukan tak hendak mencari teman, Belum dapat teman sejati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sejak pepuyu jadi kerani, Limbat pun banyak jadi pesuruh; Sejak penghulu jadi berjudi, Umat pun banyak mati bergaduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tengah hari orang ke ladang, Kerja menumbuk menuai padi; Patahlah hati orang memandang, Rajanya mabuk menteri berjudi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |