Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.jum.pa] | برجومڤا

Definisi : (pergi) menemui seseorang (di suatu tempat): mereka hendak ~ dgn Guru Besar (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.jum.pa] | برجومڤا

Definisi : 1 bertemu secara kebetulan atau dgn tiba-tiba: Saya ~ dgn kawan lama saya di pasar lambak. 2 bertemu utk sesuatu tujuan: Saya ingin ~ dgn Guru Besar tetapi dia jarang ada di pejabat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jumpa
Kata Terbitan : berjumpa, menjumpai, memperjumpakan, terjumpa, perjumpaan,

Puisi
 

Berjumpa gajah dua serupa,
     Gajah kecil mati terkepung;
Banyaknya lebih daripada adinda,
     Keningnya lentik bagai berladung.


Lihat selanjutnya...(57)
Peribahasa

Beruk berjumpa pisang masak setandan.

Bermaksud :

Orang tamak yang memperoleh keuntungan dengan mudah.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Berjumpa gajah dua serupa, Gajah kecil mati terkepung; Banyaknya lebih daripada adinda, Keningnya lentik bagai berladung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak yu dua serupa, Yu berjumpa dengan sembilang; Janji dulu adik tak lupa, Tunggulah sampai adik pulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan parang baru ditempa, Parang ada dari dahulu; Bukan sekarang baru berjumpa, Memang dijanji tatkala dahulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bintang tujuh tinggal enam, Jatuh sebiji telaga Daik; Berasa tubuh bagai nak demam, Sesudah berjumpa baru baik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baju putih bukanlah kebaya, Pakai hias Baba Melaka; Hilang jiwa tidak mengapa, Asalnya boleh berjumpa mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Biar tidak menaiki lori, Asal boleh naik kereta; Biar tak makan dua hari, Asalkan boleh berjumpa mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asam kandis buah papaya, Hendak dimakan bersama kelapa; Hati sedih tidak terkira, Kerana lama tidak berjumpa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Awan berarak perlahan-lahan, Ditiup angin ke negeri Champa; Hati sedih tidak tertahan, Ingin selalu hendak berjumpa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas