| Yang unta berkaki panjang, Hari malam tegak di pantai; Orang tua berhati lapang, Bini di tilam awak di lantai | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Anak buaya berkaki pendek, Bila berenang suka menyelam; Awaklah tua berbini cantik, Disapa orang muka pun masam. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Apa guna berkaki dua, Kalau tidak berjalan lagi; Apa guna kita bersua, Kalau tidak bersembahyang lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Sapu tangan berkaki merah, Kakinya diletak dalam perahu; Luka di tangan berdarah merah, Luka di hati tak dapat nak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Bunga melur kembang berkaki, Mari dibungkus di dalam kertas; Di dalam telur lagi kunanti, Inikan pula telah menetas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Buluh besar dibuat galah, Diberi berkaki penyangga tangga; Sungguh besar nikmat Allah, Diberi-Nya rezeki tiada terhingga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Petang-petang ribut berdengung, Kain putih berkaki-kaki; Petang-petang duduk melengung, Takut tak boleh kehendak hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Macam mana orang hutan hendak, Orang hutan hendak orang berkaki; Macam mana orang berkehendak, Orang berkehendak berani mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
| Pualu gaya teluk Selatan, Di situ banyak katak lompat, Kalau berayah orang utan, Dapat anak berkaki empat. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Anak kumbang terayap-rayap, Ditangkap oleh anak Turki; Hendak terbang tiada bersayap, Hendak hinggap tiada berkaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |