Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.rat] | برکارت

Definisi : 1. kena karat, ada karatnya: besi ~ besi yg sudah dimakan karat; 2. ki a) lama (tua); b) jahat; hati ~ jahat hatinya (perasaan­nya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.rat] | برکارت

Definisi : dimakan karat; diselaputi karat: besi ~ berlaku apabila besi yg sudah dimakan karat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karat (kata nama)
Bersinonim dengan selaput, kotoran, tahi, sisa, kerak;,
Kata Terbitan : berkarat, berkarat hati,

Puisi
 

Jangan diharap pauh panji,
     Pauh condong ke barat;
Jangan diharap kepada janji,
     Sauh besi lagi berkarat.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bukannya diam penggali berkarat,
     melainkan diam ubi berisi.

Bermaksud :

Diam yang ada gunanya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Supaya kuncup jangan berkarat Kayu yang semak kita siangi; Supaya hidup jangan melarat, Ibu dan bapak kita sayangi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Walaupun parang sudah berkarat, Jangan pula disorok-sorokkan; Walaupun orang suka mengumpat, Jangan pula diburuk-burukkan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apa tanda parang berkarat, Besinya rosak mata pun majal; Apa tanda orang beradat, Budinya nampak serta berakal.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sejak badik dilasah tajam, Matanya tidak berkarat lagi; Sejak adik bermuka masam, Hamba takut mengikat janji.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana parang takkan patah, Bila besinya sudah berkarat; Bagaimana orang takkan serakah, Bila hatinya gilakan pangkat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila parang tidak diasah, Lambat-laun akan berkarat; Apabila orang tidak bermaruah, Laknat turun badan melarat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apa guna membeli parang, Kalau besinya sudah berkarat; Apa gunanya menjadi orang, Kalau hatinya melupakan adat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Supaya makan dapat berhemat, Jangan lagi menuruti selera; Supaya iman tidak berkarat, Luruskan hati takuti dosa.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau tuan pergi ke darat, Jalan mari hujung tanjung; Simpan ringgit nanti berkarat, Bawa berniaga cari untung.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Jangan diharap pauh panji, Pauh condong ke barat; Jangan diharap kepada janji, Sauh besi lagi berkarat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas