Tidak berkayu tangga ditakik, Tidak berotan akar dipakai; Umat berseteru dunia terbalik, Banyak kawan bercerai-berai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukit Cina berkayu jati, Betung ditembak menimpa atap; Sakit merana merayu hati, Burung terbang tak mahu hinggap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tidak beremas bungkal diasah, Tidak berkayu tangga ditakik; Adat lepas akal menyalah, Umat berseteru dunia terbalik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukan mudah berladang darat, Ladang darat berkayu besar; Bukan mudah memegang adat, Memegang adat malu berkasar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sedih sungguh teringatkan bukit, Kerana bukit tiada berkayu; Sedih sungguh teringatkan adik, Kerana adik tiada beribu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Belas hati pandang ke bukit, Kerana bukit tidak berkayu; Belas hati pandang ke adik, Kerana adik tidak beribu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |