Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.li.ling] | برکليليڠ

Definisi : 1. bergerak melingkari atau di sekitar sesuatu (tempat, benda, dll): baginda pun beraraklah tujuh kali ~ kota; 2. berjalan berpusing-pusing (ke merata arah dan tempat), berjalan dsb merata tempat: maka Laksamana pun ~ mencari, tiada juga bertemu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.li.ling] | برکليليڠ

Definisi : 1 bergerak di keliling sesuatu (tempat, benda dll): Kami kemudian berjalan pula ~ Kaabah tujuh kali. 2 berjalan dan berpusing-pusing (berputar-putar); meronda: Puas saya ~ di bandar mencarinya tetapi tidak juga bertemu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keliling (kata nama)
1. Bersinonim dengan lilitan: lingkungan, litaran, lingkaran,

Kata Terbitan : berkeliling, mengelilingi, pekeliling,

Puisi
 

Kampung Jambak menyisir rimba,
     Di balik kampung Mandaling;
Sedang dusanak lagi tak hiba,
     Konon kok orang berkeliling.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Ambil galah jolokkan ranting, Jatuh sebiji di tepi kota; Kalau tidak hutan berkeliling, Hari-hari bertentang mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kampung Jambak menyisir rimba, Di balik kampung Mandaling; Sedang dusanak lagi tak hiba, Konon kok orang berkeliling.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas